Friday 10 May 2013



SAYANGi,HORMATi DAN JUJUR KEPADA KANAK-KANAK AUTISME

Orang dewasa seringkali bersifat ego dan tidak merendah diri terhadap kanak-kanak.  Mereka selalu memperlekehkan kanak-kanak atas alasan kanak-kanak ialah kanak-kanak.

Oleh sebab itulah, kanak-kanak berterusan bersifat kanak-kanak atau keanak-anakan kerana begitulah mereka dilayan.  Kanak-kanak sering tidak diendahkan dari sudut pandanagn dan pemikiran mereka dan jarang ditanya mengenai perasaan dan pendapat  mereka termasuk dalam membuat keputusan yang berkaitan diri mereka sendiri. , 

Hakikatnya, kanak-kanak perlu dihormati perasaan dan pemikiran mereka.  Kita mahu mereka menghormati kita, maka berilah penghormatan kepada mereka dengan kadar dan cara yang bersesuaian, dalam keadaan kita memahami fitrah mereka yang suka bergembira dan bermain.

                       Semoga apabila mereka berasa dihormati ,
mereka akan membalas dengan bersikap lebih matang dan berdisiplin.

Begitulah harapan kita bagi kanak-kanak autisme.  Hormatilah mereka sewajarnya, jangan anggap mereka insan yang tidak mempunyai emosi, perasaan dan tidak mengetahui erti malu, maruah dan kehormatan.  Jika mereka mempunyai kelemahan dalam berfikir, bertindak dan berakhlak, kitalah yang perlu mendidiknya dengan contoh teladan daripada diri kita sendiri.

Nabi SAW sendiri melayan kanak-kanak dengan hormat dan menunjukkan kasih sayang Baginda yang tinggi kepada mereka.  Nabi SAW juga selalu memberi salam kepada kanak-kanak.  Baginda turut memerintahkan agar mrngasihi kanak-kanak kecil dan janji yang dibuat walaupun pada kanak-kanak mesti ditepati.

No comments:

Post a Comment