Friday 10 May 2013


Komunikasi berkaitan kanak-kanak AUTISME

Kanak-kanak autisme mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana kadangkala mereka tidak memahami apa yang dilihat dan didengar. Mereka seolah-olah hidup dalam dunianya yang tersendiri.

Masalah utamanya adalah kemahiran komunikasi.  Mereka tidak tahu bagaimana hendak memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi.  Masalah ini boleh menjadi lebih serius jika dibiarkan berterusan.  Sekiranya tidak diberikan rawatan atau tidak dibantu mempertingkatkan kemahiran komunikasi, ia akan menjejaskan kehidupan sosialnya pada masa hadapan. 

Komunikasi ialah satu aspek yang sangat penting
 bagi kanak-kanak autisme.  Kemahiran komunikasi perlu diajar dan dikembangkan secara bersungguh-sungguh 
dan berterusan dari semasa ke semasa
 dengan kaedah yang sistematik, berkesan dan terbaik.


SAYANGi,HORMATi DAN JUJUR KEPADA KANAK-KANAK AUTISME

Orang dewasa seringkali bersifat ego dan tidak merendah diri terhadap kanak-kanak.  Mereka selalu memperlekehkan kanak-kanak atas alasan kanak-kanak ialah kanak-kanak.

Oleh sebab itulah, kanak-kanak berterusan bersifat kanak-kanak atau keanak-anakan kerana begitulah mereka dilayan.  Kanak-kanak sering tidak diendahkan dari sudut pandanagn dan pemikiran mereka dan jarang ditanya mengenai perasaan dan pendapat  mereka termasuk dalam membuat keputusan yang berkaitan diri mereka sendiri. , 

Hakikatnya, kanak-kanak perlu dihormati perasaan dan pemikiran mereka.  Kita mahu mereka menghormati kita, maka berilah penghormatan kepada mereka dengan kadar dan cara yang bersesuaian, dalam keadaan kita memahami fitrah mereka yang suka bergembira dan bermain.

                       Semoga apabila mereka berasa dihormati ,
mereka akan membalas dengan bersikap lebih matang dan berdisiplin.

Begitulah harapan kita bagi kanak-kanak autisme.  Hormatilah mereka sewajarnya, jangan anggap mereka insan yang tidak mempunyai emosi, perasaan dan tidak mengetahui erti malu, maruah dan kehormatan.  Jika mereka mempunyai kelemahan dalam berfikir, bertindak dan berakhlak, kitalah yang perlu mendidiknya dengan contoh teladan daripada diri kita sendiri.

Nabi SAW sendiri melayan kanak-kanak dengan hormat dan menunjukkan kasih sayang Baginda yang tinggi kepada mereka.  Nabi SAW juga selalu memberi salam kepada kanak-kanak.  Baginda turut memerintahkan agar mrngasihi kanak-kanak kecil dan janji yang dibuat walaupun pada kanak-kanak mesti ditepati.

Monday 6 May 2013


Menegur Kesilapan Anak autisme

Menegur dan memperbetulkan kesilapan atau kesalahan kanak-kanak autisme memerlukan pendekatan yang lebih lembut,kreatif, inovatif dan berhikmah.  Tidak boleh sekadar menegur atau memarahi dengan mengharapkan kanak-kanak itu memahami lantas dapat mengikuti.

Rasullulah SAW sendiri telah memberikan banyak tunjuk ajar dalam perkara didikan manusia.  Hanya terserah kepada kita untuk memahami bagaimana dapat diaplikasikan dalam situasi hari ini apabila berhadapan dengan kanak-kanak autisme yang melakukan kesilapan atau kesalahan.

Rasullullah SAW mengaplikasikan pendekatan yang lembut dan penerangan yang mencukupi dalam banyak keadaan, khususnya apabila berkaitan dengan kanak-kanak.  Justeru inilah pendekatan yang pertama dan terdahulu yang mesti digunakan dalam menegur dan memperbetulkan kesilapan kanak-kanak autisme.

Oleh itu didiklah anak autisme dengan perancangan, harapan dan kepercayaan bahawa dia akan menjadi orang yang hebat apabila dewasa kelak.  kesan bakat dan kelebihan anak autisme dan perkembangkan kemahirannya sekiranya ia berguna dan tidak menyalahi agama.  Berusaha bersungguh-sungguh agar anak autisme mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Kesedaran dan Penerimaan

Melahirkan anak yang sempurna dan sihat fizikal serta minda adalah harapan dan impian semua ibubapa. Walaupun begitu Allah SWT jua yang menentukan keadaan anak yang bakal dilahirkan, sama ada sempurna ,sihat atau sebaliknya.

Justeru, bagaimana harus kita menangani 
suatu kelahiran yang tidak sempurna
contohnya, anak autisme

Adalah suatu yang munasabah untuk ibubapa dan keluarga bersedih apabila mengetahui anak yang dilahirkan cacat atau anak kecil mereka yang kelihatan normal pada raut wajah dan penampilan fizikal,rupa-rupanya di sebalik itu adalah autisme.

Seterusnya ibu bapa dan keluarga yang diuji dengan anak autisme mestilah yakin bahawa mereka mampu menghadapi ujian ini dan mampu menanggung dan menyara anak tersebut.  Apa yang perlu ialah doa,usaha dan tawakal.  Sesungguhnya Allah SWT tidak membebankan seseorang lebih daripada kadar yang ia mampu tanggungi. Allah SWT telah berfirman  yang bermaksud :

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan,.
  Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.  Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

 surah al- Isra'17:31

Seandainya , manusia diberi kuasa memilih, tiadasiapa yang mahukan anak yang tidak sempurna akal fikiran atau cacat anggota badan. Hakikatnya manusia hanya mampu merancang,  namun Allah SWT yang menentukan. Sesiapa sahaja jika dikehendakinya , akan dikurniakan anak istimewa walaupun tidak dikehendakinya.

Salah satu hikmah dan kelebihan mendapat anak yang kekurangan ini ialah kanak-kanak istimewa ini adalah salah satu jalan ibu bapa ke syurga.

Oleh itu, sekiranya kita menerima dengan redha, bahkan bersyukur kepada Allah SWT atas peluang yang diberikan kepada kita, tidak memberontak dan marah serta memberikan apa yang terbaik untuk anak ini, maka tentulah ia tidak lain,melainkan satu jalan ke syurga bagi kita, insyaallah.

Sunday 5 May 2013

Libatkan mereka dengan aktiviti berkumpulan

Aktiviti berkumpulan adalah sangat penting.  Libatkan mereka dalam permainan kumpulan supaya hidupnya lebih bermakna dan pergaulannya meluas.  Sekiranya mereka  selalu dibiarkan dalam dunia sendiri, dibimbangi tabiat ini akan berterusan sehingga dewasa.

Mereka harus diajar bagaimana bermain dengan kanak-kank lain.  Mereka tidak tahu bagaimana hendak mewujudkan hubungan yang baik dan tidak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukandalam pergaulan.

Gariskan apa yang penting dan apa yang
perlu bagi mewujudkan hubungan yang baik
 dengan rakan-rakan.

Usah biar kanak-kanak autisme tertumpu hubungan dengan seorang rakan sahaja. Biasakan dia bergaul dengan kanak-kanak lain bagi mengelakkan dirinya menghadapi masalah apabila rutinnya berubah.

LATIHAN PERCAKAPAN

Adalah sesuatu yang lumrah bahawa kanak-kank autisme mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan perkataan atau memulakan komunikasi.  Mereka perlu mencari perkataan yang sesuai supaya mereka dapat berkongsi kata-kata dengan rakan-rakan.  Mereka perlu mengaturnya terlebih dahulu sebelum menjadi ayat yang mudah difahami.

Memandang tepat ke arah kita, tidak bermakna mereka mendengar,
 begitu juga memandang ke arah lain 
bukan bererti mereka tidak mendengar

Kanak-kanak autisme sering mengelak daripada mewujudkan eye contact ( bertentang mata) tetapi mereka sebenarnya mendengar.  Tidak perlu menyuruh mereka memandang kita kerana mereka tidak akan berbuat demikian .
  Kanak-kanak autisme akan memandang kita apabila mereka sudah ada kepercayaan pada kita dan apabila mereka sudah bersedia.

Kanak-kanak autisme perlu diberikan latihan percakapan yang kerap dan didedahkan kepada pelbagai ruang dan peluang untuk bercakap dan ditanamkan sifat berani dalam diri mereka untuk menyuarakan isi hati dan pendapat mereka tentang sesuatu.
Kepentingan Kesedaran Autisme Oleh Masyarakat

Masyrakat perlu mengetahui tentang autisme supaya mereka dapat membantu kanak-kanak ini.  Masyrakat mesti menerima kanak-kanak autisme untuk hidup seperti kanak-kanak normal yang lain kerana mereka tidak mampu untuk hidup di dalam dunia mereka sendiri.  Masyarakat perlu melayan kanak-kanak autisme bersesuaian dengan kekurangan dan kelebihan kanak-kanak ini.

Kebanyakan ahli masyarakat hanya melihat kesukaran yang dilalui oleh kanak-kanak autisme namun gagal melihat betapa kanak-kanak autisme berusaha menyesuaikan diri dengan orang di sekeliling mereka.

Ramai di kalangan mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesuaikan diri dengan orang di sekeliling mereka.  

Justeru itu , masyarakat perlu mempunyai kefahaman yang wajar mengenai kefahaman  yang wajar mengenai kanak-kanak autisme dan harus memberi masa dan bersabar dengan kehadiran kanak-kanak autisme.
anak autisme

Maklumat yang tidak cukup menyebabkan masyarakat membuat pelbagai tanggapan berkaitan kanak-kanak autisme.  Apabila melihat seseorang ibu membiarkan anaknya menjerit, memukul ataupun meragam hingga terbaring di lantai, sudah tentu terlintas difikiran mereka bahawa kanak-kanak itu tidak dikawal dengan baik.

Bagi kanak-kanak autisme, mereka sebenarnya tidak mengetahui bahawa apa yang mereka lihat ialah hasil daripada rangsangan deria mereka, ) terlalu banyak bunyi, terlalu banyak simulasi visual ataupun terlalu ramai orang).  Mereka telah biasa mengawal keadaan yang mereka terima daripada persekitaran yang sering mereka lalui.  Namun apabila mereka tiba di khalayak ramai, mereka terkejut kerana mengalami situasi yang berbeza.

Bunyi yang pelbagai seperti suara perbualan orang ramai di sekeliling mereka, bunyi anak kecil yang menangis, bunyi kenderaan dan berbagai-bagai bunyi lagi.  Ini semua membuatkan mereka gelisah kerana mereka tidak dapat menapis apa yang berlaku di persekitaran mereka.

Seseorang yang tidak mengetahui mengenai autisme tidak akan tahu bahawa kanak-kanak autisme perlu dipujuk dan diredakan perasaannya.  Cara seseorang itu meredakan kanak-kanak autisme itu berbeza antara satu sama lain.

Saturday 27 April 2013





Anak Ku Yang Sangat Kusayangi




Ketika memerhatikan anak-anak bermain, ada ketikanya kita mendapati kanak-kanak berada dalam dunianya sendiri,  Apabila berbual, mata mereka akan menoleh ke arah lain dan bukannya kepada si penutur.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang bersikap seperti ini jangan mengandaikan ia perkara normal.  ada kemungkinannya anak-anak ini mengidap autisme.SEbab itulah , ibubapa seharusnya memerhatikan sindrom autisme ini sepatutnya diperhatikan. Adakalanya tanpa rawatan awal. sindrom ini akan dibawa sehingga dewasa yang menyebabkan tindakan yang diambil pada waktu itu mungkin sudah terlambat.Inilah hakikat yang perlu diterima oleh ibu bapa sebagaimana saya dan keluarga dapat menerima kehadiran adik dengan rasa redha.


Sekarang usia adik dah masuk 9 tahun (30/01/2004).  Saya hantar dia bersekolah di sekolah Kebangsaan Telok Gadong dalam pendidikan khas. Dari hari ke hari saya lihat perkembangan pendidikannya semakin baik.


Cikgu kata sekarang dia dah mula banyak bertanya kalau ada sesuatu yang dia tidak faham.satu perkara yang sangat mengembirakan saya apabila cikgu kata dia selalu menghabiskan kerja sekolah dengan cepat . 


Adik suka pergi sekolah, hari-hari dia mengira hari, dari Isnin sampai Jumaat. Tapi sesekali dia akan berkata pada saya " ibu, Hari ni saya kurang sihat la " adik membahasakan dirinya sebagai "saya".saya akan pegang dahinya dan berkata bahawa dia boleh bercuti hari ni, dia akan berasa gembira.


adik selalu memohon maaf jika melakukan kesalahan, katanya "maafkan saya" berulang kali sehingga orang memaafkannya.


Adik tak banyak ragam , cuma dia masih belum pandai mengawal emosinya. Kalau ada kawan-kawan yang mengusiknya dia akan menangis dan mengamuk sambil memberitahu apa yang dia tak puas hati. Dia akan menangis tidak berhenti selagi belum di pujuk.