Pendidikan khas AutismE

Cara mendidik anak-anak Autisme


Setiap anak yang lahir di dunia ini adalah anugerah yang patut kita syukuri.  Biarpun cara mendidik anak autisme ini memerlukan kesabaran yang tinggi, namun kita sebagai ibubapa haruslah mencari cara yang paling sesuai untuk mendidik mereka.

Cara mendidik anak autisme agar berjaya, dapat dilakukan dengan melakukan terapi kebiasaan berdasarkan gangguan apa yang dialaminya.  Seperti memberinya contoh cara bercakap yang baik, atau melalui puji-pujian kepadanya sekiranya dia dapat bercakap dengan betul, serta selalu memberikan contoh tingkahlaku yang baik .

Namun kita perlu bersabar, sebab bagaimanapun anak autisme selalu tidak memandang ketika sedang bercakap dengan kita. Atau kadang-kadang dia tertawa sendirian tanpa menghiraukan kita.  Apabila mengajar bercakap kita perlu mulakan dengan ayat-ayat yang pendek, mudah dan perkataan hendaklah  disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak terutama anak-anak autisme.

Anak-anak autisme akan mendapat rangsangan yang lebih baik melalui visual. Gunakan bahan pengajaran yang berbeza supaya dia tidak jemu, kenalkan pelbagai nama-nama benda , buah-buahan, haiwan dengan memberikan gambar-gambar yang menarik.

Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual.  ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik.Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi. 


Selain daripada itu, ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan dirumah.  Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil kelip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku.  Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.

Memang bukan mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan sahaja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain sendiri, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada dalam dunianya sendiri.

Bagaimanapun, kita tidak boleh mengharapkan hasilnya dengan cepat kerana semuanya tergantung pada kemampuan anak-anak tersebut.  Ini adalah kerana anak-anak autisme mempunyai kelebihan masing-masing, dengan ini dapat kita mengetahui kelebihannya dan seterusnya membantu mengembangkan bakatnya.


Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan pelik, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.

Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.

No comments:

Post a Comment