Monday 6 May 2013


Kesedaran dan Penerimaan

Melahirkan anak yang sempurna dan sihat fizikal serta minda adalah harapan dan impian semua ibubapa. Walaupun begitu Allah SWT jua yang menentukan keadaan anak yang bakal dilahirkan, sama ada sempurna ,sihat atau sebaliknya.

Justeru, bagaimana harus kita menangani 
suatu kelahiran yang tidak sempurna
contohnya, anak autisme

Adalah suatu yang munasabah untuk ibubapa dan keluarga bersedih apabila mengetahui anak yang dilahirkan cacat atau anak kecil mereka yang kelihatan normal pada raut wajah dan penampilan fizikal,rupa-rupanya di sebalik itu adalah autisme.

Seterusnya ibu bapa dan keluarga yang diuji dengan anak autisme mestilah yakin bahawa mereka mampu menghadapi ujian ini dan mampu menanggung dan menyara anak tersebut.  Apa yang perlu ialah doa,usaha dan tawakal.  Sesungguhnya Allah SWT tidak membebankan seseorang lebih daripada kadar yang ia mampu tanggungi. Allah SWT telah berfirman  yang bermaksud :

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan,.
  Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.  Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

 surah al- Isra'17:31

Seandainya , manusia diberi kuasa memilih, tiadasiapa yang mahukan anak yang tidak sempurna akal fikiran atau cacat anggota badan. Hakikatnya manusia hanya mampu merancang,  namun Allah SWT yang menentukan. Sesiapa sahaja jika dikehendakinya , akan dikurniakan anak istimewa walaupun tidak dikehendakinya.

Salah satu hikmah dan kelebihan mendapat anak yang kekurangan ini ialah kanak-kanak istimewa ini adalah salah satu jalan ibu bapa ke syurga.

Oleh itu, sekiranya kita menerima dengan redha, bahkan bersyukur kepada Allah SWT atas peluang yang diberikan kepada kita, tidak memberontak dan marah serta memberikan apa yang terbaik untuk anak ini, maka tentulah ia tidak lain,melainkan satu jalan ke syurga bagi kita, insyaallah.

No comments:

Post a Comment