Sunday 5 May 2013

anak autisme

Maklumat yang tidak cukup menyebabkan masyarakat membuat pelbagai tanggapan berkaitan kanak-kanak autisme.  Apabila melihat seseorang ibu membiarkan anaknya menjerit, memukul ataupun meragam hingga terbaring di lantai, sudah tentu terlintas difikiran mereka bahawa kanak-kanak itu tidak dikawal dengan baik.

Bagi kanak-kanak autisme, mereka sebenarnya tidak mengetahui bahawa apa yang mereka lihat ialah hasil daripada rangsangan deria mereka, ) terlalu banyak bunyi, terlalu banyak simulasi visual ataupun terlalu ramai orang).  Mereka telah biasa mengawal keadaan yang mereka terima daripada persekitaran yang sering mereka lalui.  Namun apabila mereka tiba di khalayak ramai, mereka terkejut kerana mengalami situasi yang berbeza.

Bunyi yang pelbagai seperti suara perbualan orang ramai di sekeliling mereka, bunyi anak kecil yang menangis, bunyi kenderaan dan berbagai-bagai bunyi lagi.  Ini semua membuatkan mereka gelisah kerana mereka tidak dapat menapis apa yang berlaku di persekitaran mereka.

Seseorang yang tidak mengetahui mengenai autisme tidak akan tahu bahawa kanak-kanak autisme perlu dipujuk dan diredakan perasaannya.  Cara seseorang itu meredakan kanak-kanak autisme itu berbeza antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment