Pengenalan



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


APAKAH AUTISME

Autisme ditakrifkan sebagai kecacatan perkembangan yang melibatkan otak atau saintifiknya (pervasive developmental). Autisme dianggap sebagai penyakit yang melibatkan kecacatan neurologi iaitu kecacatan yang tidak kelihatan.

Kebiasaannya autisme melibatkan masalah dari segi komunikasi emosi, perhubungan sosial dan juga berkaitan dengan minat dan aktiviti.

Secara umumnya, autisme jarang dikesan oleh ibubapa pada peringkat awal, ia biasanya dikesan apabila pesakit tersebut mengalami kesukaran untuk bertutur, menulis dan mengenal huruf. Ini biasanya dikesan apabila kemampuan mereka lebih rendah berbanding kanak-kanak normal. Contohnya kanak-kanak 11 tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak 3 tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainan sehingga hancur atau rosak.



Simtom-simtom yang dapat di lihat:


1. Tidak berhubungan mata dalam komunikasi


2. Mereka sukar menerima pembelajaran yang biasa diajar untuk kanak-kanak normal.


3. Mereka tidak mahu perbezaan dalam kehidupan seharian.


4. Memutar dan menggoyangkan barang.


5. Kerap mengulangi perkatan yang sama.


6. Sukar untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain


7. Dapat merasai kesakitan tetapi tidak menunjukkan reaksi sakit.




Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah: 



CIRI- CIRI  AUTISME

  • Suka bermain sendirian
  • Susah bekerjasama,berkongsi atau menunggu giliran.
  • Tidak menghiraukan orang lain.
  • Tidak suka sentuhan.
  • Tidak mahu bertentang mata.
  • Lambat bercakap.
  • Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
  • Mempunyai masalah memahami percakapan orang lain.
  • Suka melakukan perkara yang sama berulang-ulang.
  • Suka mengasingkan diri, bercakap sendiri.












AUTISME! AUTISME ! aUTISME



Blog ini membicarakan tentang pelbagai aspek kehidupan dalam mendidik anak-anak yang berpendidikan khas . Fokus utama adalah berkaitan AUTISMe.  Di mana, kami ada mempunyai seorang anak yang autisme yang kami sayangi dan manjakan dan kami beri nama Nabil Fahmi yang bermaksud "bijak memahami" . Dengan panggilan nama ini kami berharap dia akan membesar menjadi anak yang dapat memahami apa jua tentang kehidupan ini.

Sasaran utama laman blog ini adalah untuk ibubapa / penjaga anak-anak autisme atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan ank-anak autisme.

Semoga segala maklumat yang diperolehi di dalam laman blog ini dapat dikongsi bersama sebagai panduan dan dorongan dalam mendidik anak-anak autisme supaya mereka juga mendapat didikan yang terbaik seterusnya tidak ketinggalan dalam arus pendidikan masa kini.

Laman blog ini adalah blog saya yang pertama khas untuk anak ku Nabil Fahmi. Ianya tidaklah seindah dan sesempurna blog yang ada, tapi ianya cukup untuk saya mencurahkan pengetahuan dan pengalaman yang telah ,sedang dan akan  saya lalui sepanjang bersamanya.  Semoga segalanya dapat dikongsi bersama pembaca.

Laman blog ini diwujudkan pada 28/ 4 / 2013

Sumber rujukan utama ialah semua Blogger, Autisme, dan Akhbar- Akhbar harian. Dengan izin .. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment