Saturday 27 April 2013





Anak Ku Yang Sangat Kusayangi




Ketika memerhatikan anak-anak bermain, ada ketikanya kita mendapati kanak-kanak berada dalam dunianya sendiri,  Apabila berbual, mata mereka akan menoleh ke arah lain dan bukannya kepada si penutur.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang bersikap seperti ini jangan mengandaikan ia perkara normal.  ada kemungkinannya anak-anak ini mengidap autisme.SEbab itulah , ibubapa seharusnya memerhatikan sindrom autisme ini sepatutnya diperhatikan. Adakalanya tanpa rawatan awal. sindrom ini akan dibawa sehingga dewasa yang menyebabkan tindakan yang diambil pada waktu itu mungkin sudah terlambat.Inilah hakikat yang perlu diterima oleh ibu bapa sebagaimana saya dan keluarga dapat menerima kehadiran adik dengan rasa redha.


Sekarang usia adik dah masuk 9 tahun (30/01/2004).  Saya hantar dia bersekolah di sekolah Kebangsaan Telok Gadong dalam pendidikan khas. Dari hari ke hari saya lihat perkembangan pendidikannya semakin baik.


Cikgu kata sekarang dia dah mula banyak bertanya kalau ada sesuatu yang dia tidak faham.satu perkara yang sangat mengembirakan saya apabila cikgu kata dia selalu menghabiskan kerja sekolah dengan cepat . 


Adik suka pergi sekolah, hari-hari dia mengira hari, dari Isnin sampai Jumaat. Tapi sesekali dia akan berkata pada saya " ibu, Hari ni saya kurang sihat la " adik membahasakan dirinya sebagai "saya".saya akan pegang dahinya dan berkata bahawa dia boleh bercuti hari ni, dia akan berasa gembira.


adik selalu memohon maaf jika melakukan kesalahan, katanya "maafkan saya" berulang kali sehingga orang memaafkannya.


Adik tak banyak ragam , cuma dia masih belum pandai mengawal emosinya. Kalau ada kawan-kawan yang mengusiknya dia akan menangis dan mengamuk sambil memberitahu apa yang dia tak puas hati. Dia akan menangis tidak berhenti selagi belum di pujuk.