Pengalaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.









Mempunyai anak istimewa sememangnya memberi tekanan yang hebat dari segi fizikal,emosi dan mental kepada ibubapa. Begitu juga dengan saya apabila anak kelima saya disahkan mengidap sindrom autisme, satu sindrom di mana anak tidak boleh bertutur, tidak boleh berinteraksi dan tidak boleh memberi tumpuan serta hidup seolah-olah dalam dunianya sendiri. Bukan mudah untuk menghadapi kejutan ini, tetapi saya perlu tabah serta redha menerima hakikat bahawa saya dikurniakan seorang anak istimewa dan tidak semua orang dipilih oleh Allah S.W.T untuk memiliki anak istimewa.  


Di laman blog ini, saya ceritakan serba ringkas tentang pengalaman dan cara saya dan keluarga dalam mendidik Nabil Fahmi. Saya sangat berharap semoga pengalaman ini akan dapat dikongsi bersama, terutama kepada ibubapa yang baru mengetahui anak masing-masing adalah autisme.  Banyak dugaan dan cabaran yang bakal ditempohi.  Berilah komitmen yang tinggi dalam mendidik anak-anak autisme ini, kerana sesungguhnya anak -anak adalah amanah dari Allah Taala yang mesti kita didik walau apa jua keadaannya. 


Gambar di atas adalah gambar anakku Nabil Fahmi bersama kakak dan abangnya. Kini dia telah berumur 9 tahun. Bersekolah di sekolah kebangsaan Telok Gadong dalam pendidikan khas. Di rumah kami panggil dia "adik" tapi dia membahasakan dirinya "saya". Adik anak kelima, sebagai ibu saya dapat merasakan kelainan pada diri adik. dari hari ke hari kelainan itu semakin bertambah . Dia tidak bercakap hanya menunjuk jika inginkan sesuatu.

 Pada usianya 3 tahun saya telah mulakan rawatan awalnya di Hospital Besar Ampuan Rahimah Klang. Dari situ saya mula belajar dengan pakar pertuturan bagaimana untuk mengajar dia bercakap ,walaupun pada mulanya saya seperti tidak tahu dari mana saya nak mulakan, dalam sesi tersebut saya diberi tunjuk ajar cara-cara untuk membantu adik membuat latihan pertuturan di rumah. Alhamdulillah berkat usaha saya dan suami termasuk kakak dan abangnya dia dah  petah bercakap.Sekarang dia suka bertanya sesuatu yang dia tidak faham.  Cuma dia tidak dapat menjawab soalan yang dia belum pernah dengar.

Walaupun adik tak pandai bercakap tetapi dia boleh menerima apa saja yang saya ajarkan . Sewaktu dia berumur 6 tahun saya dan suami bergilir-gilir mengajarnya membaca dan menulis, sehingga pada tahun satu persekolahannya, adik telah pandai membaca dan menulis dengan baik.


 Pada pandangan kami pendidikan anak-anak perlu bermula dari rumah. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak lebih-lebih lagi anak-anak autisme.  Tugas mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibubapa yang berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. 

Dalam memberikan pendidikan terbaik untuk adik, cabaran bermula apabila kami memilih tadika untuknya.  Dari hari ke hari kami dapati tiada usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah kerana keadaan adik yang begitu, sesekali saya lihat anak saya seperti dibiarkan sahaja menonton tv tanpa apa-apa pengajaran diberi dengan alasan dia suka menonton tv.

 Dengan ini saya mengambil keputusan untuk mengajar sendiri tanpa mengharapkan orang lain ,kerana pada saya hanya kita sahaja yang mengenali diri anak kita. Oleh kerana saya juga seorang guru saya sentiasa mencari kaedah yang sesuai untuk mengajarnya. Alhamdulillah adik bukan sahaja boleh membaca tulisan rumi tetapi juga tulisan jawi.

Walaubagaimanapun adik tidak hiperaktif, mudah untuk mengajarnya .Dia sangat sensitif dan mudah untuk memohon maaf jika melakukan kesalahan. Semoga Allah melimpahkan kesabaran ke atas kami sekeluarga dalam memberikan pendidikan kepada adik. Kami amat bersyukur , kerana Allah telah beri kami kekuatan untuk menunaikan amanah menjaga adik yang dikategorikan sebagai anak istimewa. Saya banyak mencari ilmu tentang autisma demi untuk memberikan pendidikan yang sempurna buatnya.


Perkara yang paling penting apabila mengetahui bahawa anak kita adalah autisme ialah kita harus redha dengan apa yang telah dianugerahkan. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita. Dengan ini barulah kita dapat berfikir apa yang perlu dilakukan untuk masa depan anak kita. 

Demi adik kami kena berkorban untuk masa depannya. Jika kami telah tiada...bagaimana kehidupan adik. Kadangkala telatahnya menghiburkan hati kami sekeluarga. Terima kasih kepada ahli keluarga dan jiran-jiran yang terus memberikan sokongan dan dorongan. 

Semoga menjadi orang yang lebih sabar...







5 comments:

  1. Kakak kalau boleh saya nak belajar cara mengajar anak autis sebab anak saya dah berumur 2 tahun tetapi langsung tdk boleh bercakap biar sepatah contohnya mama..dia mempunyai perangai cepat marah suka buang dan lempar barang kalau di ganggu atau kehendaknya tdk di penuhi..tetapi biasanya dia suka bermain sendiri dan berdikari...tdk mahu bergaul dgn orng lain..saya minta tolong ajarkan cara menangani sifat baranya dan cara mngajar dia bercakap dan bergaul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan, mcmne anak puan skrg?sbb anak sy skrg sama mcmtu....skrg umur dia 2tahnu.sy susah hati..

      Delete
  2. Kakak kalau boleh saya nak belajar cara mengajar anak autis sebab anak saya dah berumur 2 tahun tetapi langsung tdk boleh bercakap biar sepatah contohnya mama..dia mempunyai perangai cepat marah suka buang dan lempar barang kalau di ganggu atau kehendaknya tdk di penuhi..tetapi biasanya dia suka bermain sendiri dan berdikari...tdk mahu bergaul dgn orng lain..saya minta tolong ajarkan cara menangani sifat baranya dan cara mngajar dia bercakap dan bergaul

    ReplyDelete
  3. Terima kasih pn berkongsi...sa
    ya juga ada anak berumur 1 tahun 11bln tetapi masih belum boleh bercakap saya baru saja mulakan speech therapy..kalau blh saya nak belajar cara pn ajar anak puan..

    ReplyDelete
  4. Bagi ibubapa yg menghadapi anak2 autisme, mungkin info ni dapat membantu anda :

    https://www.lookp.com/malaysia/mover

    ReplyDelete