PENDIDIKAN KHAS AUTISME
Monday, 22 June 2015
KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN ENAM 2011: SOALAN PSRA
KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN ENAM 2011: SOALAN PSRA: Contoh soalan PSRA daripada tahun 2009-2010 Pelajaran Tauhid Pelajaran Feqah Pelajaran Akhlak Pelajaran Sirah Pelajaran Tajwid B.Arab ...
Friday, 10 May 2013
Komunikasi berkaitan kanak-kanak AUTISME
Kanak-kanak autisme mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana kadangkala mereka tidak memahami apa yang dilihat dan didengar. Mereka seolah-olah hidup dalam dunianya yang tersendiri.
Masalah utamanya adalah kemahiran komunikasi. Mereka tidak tahu bagaimana hendak memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi. Masalah ini boleh menjadi lebih serius jika dibiarkan berterusan. Sekiranya tidak diberikan rawatan atau tidak dibantu mempertingkatkan kemahiran komunikasi, ia akan menjejaskan kehidupan sosialnya pada masa hadapan.
Komunikasi ialah satu aspek yang sangat penting
bagi kanak-kanak autisme. Kemahiran komunikasi perlu diajar dan dikembangkan secara bersungguh-sungguh
dan berterusan dari semasa ke semasa
dengan kaedah yang sistematik, berkesan dan terbaik.
SAYANGi,HORMATi DAN JUJUR KEPADA KANAK-KANAK AUTISME
Orang dewasa seringkali bersifat ego dan tidak merendah diri terhadap kanak-kanak. Mereka selalu memperlekehkan kanak-kanak atas alasan kanak-kanak ialah kanak-kanak.
Oleh sebab itulah, kanak-kanak berterusan bersifat kanak-kanak atau keanak-anakan kerana begitulah mereka dilayan. Kanak-kanak sering tidak diendahkan dari sudut pandanagn dan pemikiran mereka dan jarang ditanya mengenai perasaan dan pendapat mereka termasuk dalam membuat keputusan yang berkaitan diri mereka sendiri. ,
Hakikatnya, kanak-kanak perlu dihormati perasaan dan pemikiran mereka. Kita mahu mereka menghormati kita, maka berilah penghormatan kepada mereka dengan kadar dan cara yang bersesuaian, dalam keadaan kita memahami fitrah mereka yang suka bergembira dan bermain.
Semoga apabila mereka berasa dihormati ,
mereka akan membalas dengan bersikap lebih matang dan berdisiplin.
Begitulah harapan kita bagi kanak-kanak autisme. Hormatilah mereka sewajarnya, jangan anggap mereka insan yang tidak mempunyai emosi, perasaan dan tidak mengetahui erti malu, maruah dan kehormatan. Jika mereka mempunyai kelemahan dalam berfikir, bertindak dan berakhlak, kitalah yang perlu mendidiknya dengan contoh teladan daripada diri kita sendiri.
Nabi SAW sendiri melayan kanak-kanak dengan hormat dan menunjukkan kasih sayang Baginda yang tinggi kepada mereka. Nabi SAW juga selalu memberi salam kepada kanak-kanak. Baginda turut memerintahkan agar mrngasihi kanak-kanak kecil dan janji yang dibuat walaupun pada kanak-kanak mesti ditepati.
Monday, 6 May 2013
Menegur Kesilapan Anak autisme
Menegur dan memperbetulkan kesilapan atau kesalahan kanak-kanak autisme memerlukan pendekatan yang lebih lembut,kreatif, inovatif dan berhikmah. Tidak boleh sekadar menegur atau memarahi dengan mengharapkan kanak-kanak itu memahami lantas dapat mengikuti.
Rasullulah SAW sendiri telah memberikan banyak tunjuk ajar dalam perkara didikan manusia. Hanya terserah kepada kita untuk memahami bagaimana dapat diaplikasikan dalam situasi hari ini apabila berhadapan dengan kanak-kanak autisme yang melakukan kesilapan atau kesalahan.
Rasullullah SAW mengaplikasikan pendekatan yang lembut dan penerangan yang mencukupi dalam banyak keadaan, khususnya apabila berkaitan dengan kanak-kanak. Justeru inilah pendekatan yang pertama dan terdahulu yang mesti digunakan dalam menegur dan memperbetulkan kesilapan kanak-kanak autisme.
Oleh itu didiklah anak autisme dengan perancangan, harapan dan kepercayaan bahawa dia akan menjadi orang yang hebat apabila dewasa kelak. kesan bakat dan kelebihan anak autisme dan perkembangkan kemahirannya sekiranya ia berguna dan tidak menyalahi agama. Berusaha bersungguh-sungguh agar anak autisme mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
Kesedaran dan Penerimaan
Melahirkan anak yang sempurna dan sihat fizikal serta minda adalah harapan dan impian semua ibubapa. Walaupun begitu Allah SWT jua yang menentukan keadaan anak yang bakal dilahirkan, sama ada sempurna ,sihat atau sebaliknya.
Justeru, bagaimana harus kita menangani
suatu kelahiran yang tidak sempurna
contohnya, anak autisme
Adalah suatu yang munasabah untuk ibubapa dan keluarga bersedih apabila mengetahui anak yang dilahirkan cacat atau anak kecil mereka yang kelihatan normal pada raut wajah dan penampilan fizikal,rupa-rupanya di sebalik itu adalah autisme.
Seterusnya ibu bapa dan keluarga yang diuji dengan anak autisme mestilah yakin bahawa mereka mampu menghadapi ujian ini dan mampu menanggung dan menyara anak tersebut. Apa yang perlu ialah doa,usaha dan tawakal. Sesungguhnya Allah SWT tidak membebankan seseorang lebih daripada kadar yang ia mampu tanggungi. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan,.
Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
surah al- Isra'17:31
Seandainya , manusia diberi kuasa memilih, tiadasiapa yang mahukan anak yang tidak sempurna akal fikiran atau cacat anggota badan. Hakikatnya manusia hanya mampu merancang, namun Allah SWT yang menentukan. Sesiapa sahaja jika dikehendakinya , akan dikurniakan anak istimewa walaupun tidak dikehendakinya.
Salah satu hikmah dan kelebihan mendapat anak yang kekurangan ini ialah kanak-kanak istimewa ini adalah salah satu jalan ibu bapa ke syurga.
Oleh itu, sekiranya kita menerima dengan redha, bahkan bersyukur kepada Allah SWT atas peluang yang diberikan kepada kita, tidak memberontak dan marah serta memberikan apa yang terbaik untuk anak ini, maka tentulah ia tidak lain,melainkan satu jalan ke syurga bagi kita, insyaallah.
Sunday, 5 May 2013
Libatkan mereka dengan aktiviti berkumpulan
Aktiviti berkumpulan adalah sangat penting. Libatkan mereka dalam permainan kumpulan supaya hidupnya lebih bermakna dan pergaulannya meluas. Sekiranya mereka selalu dibiarkan dalam dunia sendiri, dibimbangi tabiat ini akan berterusan sehingga dewasa.
Mereka harus diajar bagaimana bermain dengan kanak-kank lain. Mereka tidak tahu bagaimana hendak mewujudkan hubungan yang baik dan tidak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukandalam pergaulan.
Gariskan apa yang penting dan apa yang
perlu bagi mewujudkan hubungan yang baik
dengan rakan-rakan.
Usah biar kanak-kanak autisme tertumpu hubungan dengan seorang rakan sahaja. Biasakan dia bergaul dengan kanak-kanak lain bagi mengelakkan dirinya menghadapi masalah apabila rutinnya berubah.
LATIHAN PERCAKAPAN
Adalah sesuatu yang lumrah bahawa kanak-kank autisme mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan perkataan atau memulakan komunikasi. Mereka perlu mencari perkataan yang sesuai supaya mereka dapat berkongsi kata-kata dengan rakan-rakan. Mereka perlu mengaturnya terlebih dahulu sebelum menjadi ayat yang mudah difahami.
Memandang tepat ke arah kita, tidak bermakna mereka mendengar,
begitu juga memandang ke arah lain
bukan bererti mereka tidak mendengar
Kanak-kanak autisme sering mengelak daripada mewujudkan eye contact ( bertentang mata) tetapi mereka sebenarnya mendengar. Tidak perlu menyuruh mereka memandang kita kerana mereka tidak akan berbuat demikian .
Kanak-kanak autisme akan memandang kita apabila mereka sudah ada kepercayaan pada kita dan apabila mereka sudah bersedia.
Kanak-kanak autisme perlu diberikan latihan percakapan yang kerap dan didedahkan kepada pelbagai ruang dan peluang untuk bercakap dan ditanamkan sifat berani dalam diri mereka untuk menyuarakan isi hati dan pendapat mereka tentang sesuatu.
Subscribe to:
Posts (Atom)